JellyPages.com

Wednesday, 12 June 2013

the History.

Assalamualaikum wbth,

Saya seorang Historian (lah sangat). Sebagai seorang studnet yang pergi ke kelas History.. banyak jugaklah yang saya belajar pasal benda-benda sejarah ni.. I mean, sejarah dunia la. Tapi, baru setahun jagung la belajar pun kan. Tapi, sebagai seorang Historian jugak, tak bermakna sepanjang hidup nak bercakap pasal 'sejarah dan tamadun dunia' ja kan...
okay...
sekarang nak sentuh sikit ja pasal 'sejarah 4.6'. haha
(sejarah kah itu?)

maaflah keja amek gambar yg same aje

Kami berempat terdiri daripada MAR-JI-YAS-MI. Dua orang dari Selangor. Dua lagi dari KEDAH.
Tak ada apa pon nak riuh kat sini...cumanya, sekarang tengah cuti sem.
Cuti panjang. Maknanya, lama lah jugak tak akan jumpak depa ni.
Dan, rasanya macam dah tak tinggal satu bilik dengan mereka-mereka ini.
Okay, kami sebelum ni ada buat bisnes cocktail drinks. YUMMY !!!

Pastu kami selalu buat-buat rajin macam nak masak, tapi takdak dapur. Jadi, kami buat lah benda-benda simple yang tak perlukan dapur.

Oh yeah !
Maka, poof! Jadilah Fruit salad !

hanya tinggal kenangan setelah dibaham
Sebenarnya banyak lagi benda yang kami buat at dlm 4.6 tu. Tapi bukti tidak mencukupi. Huhuhu. Kalau masuk trial, kalah ni.

Okayla... itu sahaja dari saya yang tak berapa betoi akibat cuti ni..
sekian,
Terima kasih.

yours truly,
cheqminmatapecah




Wednesday, 1 May 2013

alQissah ZINNIRAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Out of the blue, most of these days, aku/ana/saya selalu teringatkan kisah Zinnirah srikandi Islam yang aku sampaikan waktu usrah last year kot..huhu

This adventurous story is awesome, reaching to the heart. Jika penyampainya menyampaikan cerita tersebut dalam keadaan, 'bercakap dengan hati' bukan bercakap dengan hanya otak dan mulut.



Zinnirah.

Who is ZINNIRAH?
Kan sudah dimention tadi, Zinnirah adalah seorang srikandi Islam. Salah seorang antara golongan terawal memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW. Seperti sudah sedia maklum, golongan terawal yang banyak beriman memeluk Islam adalah golongan hamba sahaya. Kesimpulannya, Zinnirah ini adalah terdiri daripada golongan hamba sahaya.

Zinnirah telah dapat mengetahui tentang Islam melalui seorang sahabatnya, juga seorang hamba sahaya. Dari sahabatnya itulah dia mendalami Islam. Ketika itu, Islam was preached secara 'AS-SIRR'. Kiranya, Zinnirah cuba sedaya upaya untuk merahsiakan pengislamannya daripada pengetahuan tuannya. Dia beribadah secara senyap-senyap.


Sampai suatu ketika, Zinnirah telah dijual kepada seorang lelaki Quraisy yang sangat terkenal dengan kebengisan dan kegarangannya. Siapakah lelaki itu? Lelaki itu adalah Umar al-Khattab (belum memeluk Islam). 

Zinnirah tetap beribadah secara senyap-senyap sedaya upaya agar Umar tidak menghidu kegiatannya. Namun, lama-kelamaan, berita pengislaman Zinnirah sampai juga ke pengetahuan Umar. 

Zinnirah pun mula diseksa dengan teruk. Dia telah diikat di padang pasir yang panas terik. Ditinggalkan dalam keadaan haus dan lapar. Hanya Allah menjadi tempat mengadu dan rintihan. Dalam keadaan dia diseksa, dia dipaksa untuk kembali menyembah Latta dan Uzza. Oleh kerana Zinnirah terus-terusan menolak untuk kembali menyembah tuhan berhala mereka, Umar mengarahkan seorang lelaki untuk membutakan mata Zinnirah. Ada mengatakan matanya dicucuk dengan tombak. Ada juga mengatakan bahawa dua biji matanya dikorek keluar.

Lantas, Zinnirah menjadi buta dan terus diseksa. Sehinggalah pada suatu hari, setelah mendengar berita keseksaan Zinnirah, Saidina Abu Bakar pun membeli Zinnirah lalu membebaskannya.


Zinnirah memenuhi masa bebasnya, dengan beribadat sepenuhnya kepada Allah. Sehinggalah pada suatu hari, dengan kekuasaan Allah, matanya dicelikkan kembali. Dia kembali boleh melihat seperti asalnya.

Kata-kata Zinnirah sewaktu dia diseksa....dia redha jasadnya diperlakukan sedemikian rupa. Kerana dia tahu, setiap jalan menuju syurga bukanlah mudah. Kerana dia tahu, walau di dunia dia terpaksa bergadai nyawa, di akhirat sana ada suatu ganjaran besar sedang menunggu dirinya...

Itu sahaja, sekian....

wassalam.

cheqminmatapecah