JellyPages.com

Tuesday 30 April 2013


Appreun Night ??



Tema: Masquerade (Bertopeng gitewww) + Purple 


Kami MarJiYasMi pakai besa besa jaaa. 



Cukup sekadar menutup aurat :)


 "berSEDERHANA itu kan lebih BAIK" 






Haaa.. Ni kami. Alahh. Time ni tak pakai lah pulak mask yang meletop tuuuu. EH! :P







See ! See ! Comel tak diorang nii ?? Ayu je kannn. Yang kat belakang tu laaa. Macam bukan budak palapes je. Kan? hehe





Ni Abe Mace. Kesian kat dia nak pakai lense takde. So, Jiha pon pinjamkan. See ! dengan bangganya dia show off dia boleh pakai mask tuuu :)






Ada Anis kat situ ! Sempat lagi take take picture even jadi orang penting lagi sibuk malam tuuu. Wuuu~







Peaceeeeee ^.^







Haaaaa. Yang ni paling comel kot. Eh ! yeke ? hehe. Perasan






Okayyyyhhh. Tu je lah kot. Takleh nak letak picture banyak banyak sangat. Mahal. Gittew :P


Sesungguhnya yang cantik itu ciptaan Allah Yang Maha Cantik :)



~Ogyha~

Monday 15 April 2013

Impression$ ???

Assalamualaikum warahmatullah...

Post kali ni bertajuk 'IMPRESSIONs' Kenapa?


Last weekend, (jumaat-sabtu-ahad) aku ada terjadi fasi bidan terjun dalam satu kem. That kem was like kem bina sahsiah macam tu la. Memandangkan ada member ajak aku jadi fasi, dan aku pulak time tu tengah tak tahu nak penuhkan weekend dengan aktiviti apa, aku pon setuju jalah. 

When Sayyidil Ayyam Al Jum'ah came, aku pon siap-siap packing barang bagai. Ha, pergilah kami berdua menapak ke tapak kem tu which was at  HS LT 1 aje. Waktu kat situ, kami difahamkan yang bebudak sekolah yang bakal kami jadikan 'adik-adik' tu semua from geng-geng budak unik sekolah la. Aku okay aje sebab aku rasa depa ni pon manusia, hamba ALLAH jugak. 

Pastu bila depa sampai, aku usyar la muka budak-budak ni. Okay aje. Takdak hape pon. (haha-bias di situ)
Kemudian, masuklah ke dewan. Ada la geng-geng komiti buat game sikit kat budak-budak ni. Pastu, dah nama pon geng-geng unik, depa pon bertindak uniklah sepanjang game tu. hahaha !!! aku gelak aje tengok kerenah depa. Tengok-tengok ada sorang sister komiti kata kat aku, "Saya takut la tengok diorang. Macam semacam aje diorang ni." Saya gelak lagi bila dengar ayat tu. Saya tahu, depa tu hanya budak-budak sekolah, anak-anak orang dan hamba ALLAH yang biasa jugak. 

Time nak dibahagikan fasi kepada kumpulan-kumpulan budak-budak. Aku ada terdetik kat hati tak kisah pon dapat group adik-adik lelaki ka perempuan sebab aku ni agak 'brutal'. Tapi tak disangka-sangka, dapat group adik-adik lelaki yang super k0ol dan best ( wlupon kdg2 hampehh!! haha). 

Time buat kerja dalam group, depa okay ja. Tapi, biasalah malas nak brainstorm ideas. Kena trigger-trigger baru nak jalan. Kerja-kerja peng'trigger'an tu kak Tim yang buat la. Bukan aku, Sebab aku jenis reti trigger dengan gaya 'brutal' je. haha. Bila ada kerja kena naek pentas ja, depa cuak la. Macam-macam alasan nak ngelat. Sakit perut la. Demam la. Nak gi toilet la bagai. Penah sekali tu lagi 3 minit nak present budak tu lari keluar buat alasan nak pergi toilet. Aku kejar la. Ingat aku tak tahu ke trick ngelat korang! haha. gelak lagi. Tak boleh blah budak-budak ni. Belakang gaya, suruh pergi depan....hadess!

Selama tiga hari macam-macam hal la dengan depa ni. Suruh aku belanja la. Tidak tahukah anda, akak awok ni jugak pokai macam korang ! Ya, depa tak tahu pon. haha. Tapi takpa, macho punya pasai, hampa aku sanggup tolong bagi makan. Alhamdulillah, rezeki korang la. And, depa ni tersangat okay aje sepanjang program. (bagi pendapat aku la). Mungkin sebab aku pernah berkawan dengan geng-geng ceni kot time sekolah dulu. Depa okay aje. Biasalah kadang-kadang orang melihat tu yang tersalah faham dan tersalah tafsir. Hmmm, watch out of your first impressions ya human !

Pastu, dek kerana hal yang berlaku di hari Ahad sewaktu penamat program, aku tidak memunculkan diri kat depan depa. Aku pon mintak member aku mintakkan nombor telefon depa sebab tiba-tiba aku rasa macam sayu pulak nak say g0odbye kat depa. Pastu aku pon mesej depa semua mintak maaf, kata-kata semangat bagai dengan gentlewomannya. Tak sangka depa balas dengan ayat yang tersangat tersungguh sweeeeeeeetttt gila !
Ahah.! Terharu aku! Begitulah.. kesimpulannya, jangan meletak first impression anda sebagai konklusi kepada sebuah penafsiran. Sebab, kadang-kadang, apa yang kita nampak tak sama dengan apa yang berlaku ataupun yang bakal berlaku. 

Faham tak? Budak-budak unik ni pon manusia jugak. Hamba ALLAH jugak. Depa pon nak jadik baik jugak. Itukan memang fitrah manusia untuk menyukai kebaikan. Cuma, depa ni takdak trigger ja nak meng'up'kan moral depa untuk berubah ke arah kebaikan. Jadi, tugas kita apa? Jadilah trigger tu ! Help them ! Jangan hanya tahu menuding jari salah siapa~

Jadilah insan yang berguna-walau hanya pada ibu bapa dan diri sendiri, dengan mengikuti perintah Ilahi.

*wallahua'alam
-cheqminmatapecah-

Tuesday 2 April 2013

Introduksi-Madah-Pujangga

السلام عليكم ورحمة الله....


Andai patah sayap Rajawali,
bertongkat jua saya ke mari;
bukan kerana ingin bermimpi,
tetapi untuk merungkai misteri kewujudan blog ini. (hehe)

Sambutlah salam ceria ikatan murni, salam satu dunia !

Semarak kasih, sekalung budi diucapkan kepada pihak penaja dan juga kepada sesiapa yang terlibat dalam sesi penghasilan blog ini. Tak kira dari pencetus idea, penyetuju, pembaikpulih idea, pembuat blog dan sesiapa sajalah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, pencetus revolusi minda yang ambe muliakan...

Izinkan ambe merungkai misteri kewujudan blog ini. Objektif terbinanya blog ini adalah untuk meramaikan lagi bilangan blog yang wujud di alam maya ini sekaligus dapat menjana penghasilan idea-idea hebat lagi meletop lagi superb ! (kononnya laaaa) Blog ini akan diuruskan oleh 4 budak-budak bertuah yang busy, jadi... if the blog turns out to be weirdo, hah.. faham-faham sajalah nooooo... orang busy lah katakan...
Seterusnya, kemudiannya, oleh itu, mungkin itu sahaja kata-kata madah pujangga perasmi blog.





Sekian, terimakaseh.

-jasamu dikenang-



*keithsyakilcheqminmatapecah*