JellyPages.com

Tuesday 2 April 2013

Introduksi-Madah-Pujangga

السلام عليكم ورحمة الله....


Andai patah sayap Rajawali,
bertongkat jua saya ke mari;
bukan kerana ingin bermimpi,
tetapi untuk merungkai misteri kewujudan blog ini. (hehe)

Sambutlah salam ceria ikatan murni, salam satu dunia !

Semarak kasih, sekalung budi diucapkan kepada pihak penaja dan juga kepada sesiapa yang terlibat dalam sesi penghasilan blog ini. Tak kira dari pencetus idea, penyetuju, pembaikpulih idea, pembuat blog dan sesiapa sajalah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, pencetus revolusi minda yang ambe muliakan...

Izinkan ambe merungkai misteri kewujudan blog ini. Objektif terbinanya blog ini adalah untuk meramaikan lagi bilangan blog yang wujud di alam maya ini sekaligus dapat menjana penghasilan idea-idea hebat lagi meletop lagi superb ! (kononnya laaaa) Blog ini akan diuruskan oleh 4 budak-budak bertuah yang busy, jadi... if the blog turns out to be weirdo, hah.. faham-faham sajalah nooooo... orang busy lah katakan...
Seterusnya, kemudiannya, oleh itu, mungkin itu sahaja kata-kata madah pujangga perasmi blog.





Sekian, terimakaseh.

-jasamu dikenang-



*keithsyakilcheqminmatapecah*

2 comments: